-->

"Selepas Selesai solat tarawikh, Akhirnya DJ Lin"... Berita sedih buat buat peminat DJ lin.. Salam Takziah DJ lin

 



Al fatihah untuk arwah abang #djlin tersayang, Mohd Yusof bin Abdul majid yg baru saja menghembuskan nafas terakhir jam 5.10 pagi td (waktu Malaysia) Semoga roh nya dicucuri rahmat & di tempatkn di kalangan orang2 Yang beriman & beramal soleh

🤲😭semoga Kak Norli & anak2 tabah menerima ketentuan Allah yg lebih menyayangi arwah😭Selamat jalan Usop😭Insyaallah di satu ketika kita pasti kan bertemu kembali di alam sana😔Maaf sebab tak dapat berada disisi jenazahmu hanya doa yg mampu aku panjatkan dari bumi Madinah untukmu🤲Dari 10 beradik kini kami tinggal 8 beradik je😭#Abangdjlinmeninggaldunia

KUALA LUMPUR: Penyampai radio Suria FM, Roslinda Abd Majid atau dikenali sebagai DJ Lin berkongsi berita pemergian abangnya, Allahyarham Mohd Yusof Abd Majid, 59, yang meninggal dunia akibat masalah pernafasan, pada jam 5.10 pagi tadi.

DJ Lin yang kini berada di Madinah berkata, arwah mengalami kesukaran bernafas sekitar jam 4.35 pagi dan meninggal dunia di rumahnya.

"Arwah disahkan meninggal dunia pada jam 5.10 pagi ketika pegawai perubatan dari Hospital Sultanah Aminah di Johor Bahru tiba ke rumahnya membuat pemeriksaan.

"Sebelum itu, sekitar jam 4.35 pagi, arwah mengadu kepada isteri dan anak-anaknya sukar bernafas, sebelum tidak sedarkan diri lebih kurang lima minit kemudian.

"Jenazah sudah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Kangkar Pulai, Johor Bahru," katanya kepada BH Online.

DJ Lin turut berkongsi perasaan sedihnya tidak dapat melihat wajah abangnya buat kali terakhir memandangkan sedang berada di Tanah Suci.

"Saya masih di Madinah. Hari ini masuk hari kelima di sini. Saya dapat tahu berita kematian abang sebaik sampai ke bilik hotel selepas pulang menunaikan solat tarawih di Masjid Nabawi.

"Tak tahu nak gambarkan perasaan sebab sedih dan sebak akibat kehilangan arwah emak pada Jun tahun lalu masih terasa, kini saya kehilangan abang pula pagi ini.

"Saya sedih sebab tak dapat nak menatap wajah arwah buat kali terakhir.

"Saya hanya mampu mendoakan agar roh arwah ditempatkan dalam kalangan orang beriman, beramal soleh, di lapangkan kuburnya, diampuni segala dosanya dan tenang di alam sana," katanya.

Tambah DJ Lin, pemergian Mohd Yusof yang juga anak keempat dalam keluarga akan dirindukan seluruh keluarganya.

"Saya cuba kuatkan semangat menerima hakikat yang sangat berat. Bila kehilangan ahli keluarga, ini ibarat kita hilang separuh dari nyawa. Umpama separuh jiwa seakan pergi entah ke mana. Kami sekeluarga pasti akan merinduinya," katanya.

Mohd Yusof yang juga bertugas sebagai Penguat Kuasa Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB) meninggalkan seorang balu dan enam cahaya mata.


LihatTutupKomentar