GANJA atau mat saleh panggil kannabis ni ada banyak spesis, antaranya spesis Hemp dan spesis Marijuana. Macam Protonlah...ada Wira, ada Perdana, ada Pesona.
Yang Hemp ni satu dunia tengah perkatakan kerana mempunyai kebaikan yang cukup banyak terutama daripada segi kesihatan. Hemp ni kau nak hisap sekilo pun tak akan mendatangkan khayal, euphoria, lalok dan sebagainya. Tak seperti marijuana yang ada bahan kimia THC (Tretrahydrocannabinoid) iaitu bahan kimia yang aktif membuatkan seseorang pengamalnya ngalahkan Bob Marley bila menghisapnya. Sayangnya di Malaysia ia masih dikategorikan sebagai dadah berbahaya HANYA kerana tergolong dari keluarga pohon ganja. Hemp dan marijuana tidak boleh ditanam serentak. Hemp bukan pokok jantan marijuana, ianya komuniti sendiri. Hemp mengambil masa 3bulan untuk 'harvest' dan marijuana pula mengambil masa 7-8bulan untuk bunganya matang. Ketinggi Hemp boleh mencecah sehingga 15kaki tinggi manakala marijuana amat jarang yang boleh sampai 5kaki tinggi, kedua2 tidak boleh coexits. Alhamdulillah, salah seorang dalam grup friendlist abam, saudara Maszeli Mohammad Wee adalah seorang sarjana dari Universiti Malaya yang mempunyai kepakaran dan mengkaji tumbuhan ini dalam tesisnya. Beliau sendiri sering ulang-alik ke Bukit Aman mengadakan perbincangan dengan pihak berkuasa mengenai Hemp ini. Semua info adalah 'sekelumit' ilmu mengenai Hemp yang abam 'korek' dari tulisannya.
Baik tu satu hal. Yang ni lagi rare. Tahukah anda, di UK sekarang ada tiga orang anak Melayu yang sedang mencipta nama kerana terlibat dalam 'bisnes ganja' ini? Tetapi macam abam tulis awal-awal tadilah, depa bukan jual marijuana yang buat manusia lalok macam celah Lorong Hj Taib itu. Syarikat mereka, CBD Oils Malaysia - Malaya Hemp
